Welcome to AmInvestment Bank
 

Pelanggan

NOTIS PRIVASI


Notis Privasi ini dikeluarkan oleh AmInvestment Bank Berhad dan anak syarikat AmSec Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan AmSec Nominees (Asing) Sdn Bhd( secara kolektif dirujuk sebagai 'AmInvestment')

Sebagai sebahagian daripada perniagaan hari-ke-hari AmInvestment, kami mengumpul Maklumat Peribadi anda apabila anda memohon untuk membuka akaun dengan kami, melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan kami atau berkomunikasi dengan kami. Sebagai balasan, kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan kami, mengekalkan rekod kami atau menghantar maklumat yang relevan kepada anda.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ('APDP'), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:
(i)tentang jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan serta cara kami mengumpul maklumat peribadi tersebut;
(ii)bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
(iii)pihak-pihak yang kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada;
(iv)pilihan anda mengenai tahap Maklumat Peribadi yang anda berikan;
(v)perbezaan antara maklumat yang dianggap mandatori atau pilihan; dan
(vi)cara anda mengakses dan mengemaskinikan Maklumat Peribadi anda.

Oleh itu, privasi anda adalah penting kepada kami dan kami komited untuk melindungi Maklumat Peribadi anda dengan mengumpul dan menggunakan Maklumat Peribadi anda menurut APDP.

Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:
  • "Kumpulan AmBank" merujuk kepada AMMB Holdings Berhad dan semua anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat bersekutu yang secara langsung dan tidak langsung, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmSec Nominees (Tempatan) Sdn Bhd., AmSec Nominees (Asing) Sdn. Bhd., AmInvestment Group Berhad, AmInvestment Services Berhad, , AmFutures Sdn Bhd, AmCard Services Berhad, AmGeneral Insurance Berhad, AmMetLife Insurance Berhad dan AmMetLife Takaful Berhad.
  • "Maklumat Peribadi" merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama anda, nombor kad pengenalan, alamat, pekerjaan, butiran untuk menghubungi anda, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu mengenai diri anda dan transaksi anda termasuk Maklumat Peribadi Sensitif.
  • "Maklumat Peribadi Sensitif" merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kesihatan anda, kepercayaan agama dll.

  1. Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan Serta Cara Kami Mengumpulnya

    Untuk membolehkan kami mengendali pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/fasiliti/polisi insurans untuk anda atau untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu mengumpul, mengguna, mendedah dan menyimpan (iaitu "memproses") maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan anda. Maklumat peribadi dan/atau kewangan tersebut diperlukan antara lain untuk:

    1. mengesahkan identiti peribadi dan latar belakang anda;
    2. mengesahkan kedudukan kewangan dan kepercayaan kredit anda di mana perlu;
    3. mengesahkan keadaan kesihatan anda jika anda ingin mendapatkan polisi insurans yang ditawarkan oleh kami; dan/atau
    4. membekalkan anda dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami yang dipohon.


    Kami mungkin juga mendapatkan Maklumat Peribadi anda dari sumber-sumber yang berikut:

    1. Perhubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan apabila anda memohon untuk produk atau perkhidmatan kami, apabila anda berurus niaga menggunakan akaun anda, apabila anda menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) atau elektronik kami, apabila anda mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan, promosi dan semasa semakan kewangan;
    2. Komunikasi lisan, bertulis dan/atau elektronik anda dengan kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;
    3. Pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, penyedia sekuriti,penjamin anda, pekongsi di dalam perkongsian anda, atau melalui pelanggan korporat kami atau penyedia sekuriti korporat di mana anda adalah direktor, pemegang saham, pegawai atau pendatanganan yang dibenarkan ;
    4. Analisis dan penyelidikan berkenaan cara anda menggunakan dan mengurus akaun/fasiliti anda dengan kami;
    5. Akses dan penggunaan perkhidmatan kami oleh anda, transaksi yang anda buat dan dari bayaran yang dibuat kepada/daripada akaun/fasiliti anda;
    6. Imej yang diambil dari kamera litar tutup di cawangan-cawangan kami, kawasan pejabat mahupun di kawasan pihak ketiga (dimana bertempat terminal layan diri kami), apabila anda melawat cawangan-cawangan atau menggunakan terminal layan diri kami di premis pihak ketiga;
    7. Agensi pelaporan kredit dan maklumat am yang boleh didapati melalui carian di pihak berkuasa atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan; dan/atau
    8. Sumber lain yang anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau di mana ia sebaliknya tidak dihadkan.

    Apabila kami diserahkan Maklumat Peribadi pihak ketiga oleh anda, seperti waris paling hampir atau penama, anda mengesahkan bahawa persetujuan mereka telah diberi ataupun anda berhak untk mendedahkan Maklumat Peribadi mereka kepada kami.


    Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mungkin adalah mandatori atau pilihan. Maklumat Peribadi mandatori mengandungi maklumat anda yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi kami dengan Maklumat Peribadi mandatori, kami tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan tersebut. Maklumat Peribadi pilihan mengandungi maklumat anda yang tidak wajib untuk diberikan kepada kami. Jika anda tidak ingin menyediakan Maklumat Peribadi pilihan anda, anda masih boleh memohon untuk produk dan perkhidmatan kami. Maklumat Peribadi mandatori dan pilihan mungkin berbeza untuk pelbagai produk dan perkhidmatan kami dan ini akan dinyatakan di dalam borang permohonan untuk produk dan perkhidmatan kami.



  2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

    Selain dari yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan berikut:

    1. Untuk menilai kelayakan atau kesesuaian produk-produk yang dipohon oleh anda dan untuk mengesahkan identiti dan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit;
    2. Untuk memaklumkan anda dengan maklumat terkini seperti peningkatan dan ciri-ciri baru kepada produk dan perkhidmatan yang sedia ada, pembangunan produk dan perkhidmatan baru, pertandingan, promosi dan tawaran daripada Kumpulan AmBank atau pihak ketiga rakan perniagaan yang mungkin menarik minat anda;
    3. Mengurus dan mengekalkan akaun/fasiliti anda melalui pengemaskinian yang kerap, penyatuan dan meningkatkan ketepatan rekod kami. Dengan cara ini kami boleh membalas pertanyaan, aduan anda dan untuk secara amnya menyelesaikan pertikaian dengan pantas supaya kami boleh meningkatkan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;
    4. Menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis, perlombongan data dan analisis transaksi/penggunaan produk dan perkhidmatan oleh anda untuk lebih memahami kedudukan kewangan/pelaburan terkini anda serta keperluan masa hadapan. Kami juga akan menghasilkan data, laporan dan statistik dari masa ke semasa, bagaimanapun maklumat tersebut akan diagregat supaya identiti anda akan kekal sulit.;
    5. Mematuhi keperluan mana-mana undang-undang dan peraturan yang mengikat kami seperti mengadakan pemeriksaan anti-pengubahan wang haram, pengesanan/pencegahan jenayah, pendakwaan, perlindungan dan sekuriti;
    6. Penguatkuasaan hak kami untuk mendapatkan apa-apa yang terhutang kepada kami termasuk memindahkan atau menyerahhak, kepentingan dan obligasi kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
    7. Melaksanakan perkhidmatan perkongsian (shared services) dalam Kumpulan AmBank seperti audit, pematuhan, perundangan, sumber manusia, kewangan dan pengurusan risiko;
    8. Penyumberan luar perniagaan dan operasi bilik belakang (back-room) dalam Kumpulan AmBank; dan
    9. Apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa pengawal selia yang berkaitan.

    Kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam terma mana-mana perjanjian anda yang relevan dengan kami.



  3. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

    Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin diperlukan untuk mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau akaun dan fasiliti anda dengan kami kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

    1. ejen-ejen dan pembekal perkhidmatan kami yang membantu kami dalam pemprosesan, pentadbiran, memenuhi transaksi atau menyediakan perkhidmatan kepada anda bagi pihak kami, atau bagi memenuhi tambah nilai yang dipinta oleh anda;
    2. Penasihat profesional luaran dan konsultan kami yang memberi perkhidmatan pada kami, bagi tujuan perniagaan, operasi, undang-undang dan keperluan pengawal-seliaan;
    3. mana-mana pihak yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada kami bagi pihak anda seperti ejen, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, broker dan pengantara anda;
    4. mana-mana penjamin, penyedia sekuriti, atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyelesaikan apa-apa wang yang tertunggak di bawah fasiliti yang diberikan oleh kami kepada anda;
    5. mana-mana pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami atau pemindahan hak-hak, kepentingandan obligasi di bawah perjanjian anda dengan kami;
    6. mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada penyusunan semula fasiliti yang yang diberikan kepada anda, penjualan hutang, pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Kumpulan AmBank dengan syarat penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
    7. institusi kewangan yang lain bagi tujuan memenuhi transaksi yang diperlukan oleh anda;
    8. Mana-mana agensi penarafan, agensi-agensi laporan kredit, syarikat insurans, broker insurans, syarikat insurans semula, pelaras kerugian atau pembekal perlindungan kredit secara langsung/tidak langsung dan sekiranya berlaku keingkaran terhadap fasiliti yang diberikan kepada anda, kepada agensi-agensi kutipan hutang;
    9. dari syarikat Kumpulan AmBank di mana anda pada awalnya telah memohon produk atau perkhidmatan, bagi tujuan memasarkan produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda; dan/atau
    10. bursa-bursa saham yang berkaitan, rumah-rumah penjelasan, depositori-depositori, pendaftar-pendaftar saham yang berkaitan, setiausaha syarikat bagi syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa saham,mana-mana pihak berkuasa berwibawa dan/atau pengawal seliabagi pelaksanaan fungsi mereka

    tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk pengaturan, taraf, garis panduan dan/atau kewajipan) yang berhubung kait dengan kami.



  4. Maklumat Peribadi anda mungkin akan di dedahkan ke Luar Malaysia:

    1. ke negara-negara atau bidangkuasa yang secara khusus dibenarkan di bawah APDP;
    2. apabila anda memberi persetujuan untuk memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar Malaysia;
    3. bagi memenuhi transaksi yang dipohon oleh anda, seperti apabila anda ingin berniaga dalam/dengan saham asing yang tersenarai dalam bursa saham asing, kami mungkin akan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada bursa-bursa saham , rumah-rumah penjelasan, depositori-depositori, broker-broker dan pengawal-pengawal selia di luar negeri;
    4. apabila pemindahan adalah perlu bagi memenuhi kontrak di antara kami dan pihak ketiga di luar Malaysia, yang mana kontrak tersebut dibuat atas permohonan anda;
    5. apabila vendor atau pembekal perkhidmatan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada kami (termasuk perkhidmatan penyimpanan data), yang terletak di luar Malaysia, di mana kami akan mengambil tanggungjawab berjaga-jaga bagi memastikan vendor atau pembekal perkhidmatan tersebut mempunyai kemudahan teknikal dan langkah-langkah keselamatan organisasi untuk melindungi Maklumat Peribadi;
    6. bagi tujuan prosiding undang-undang di luar Malaysia dan untuk kami memperoleh nasihat undang-undang atau untuk mempertahankan hak kami di sisi undang-undang; atau
    7. apabila anda tertakluk kepada undang-undang asing, Maklumat Peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada pihak berkuasa atau kawal selia di dalam bidangkuasa asing berkenaan.


  5. Sebaliknya, kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa, kecuali di mana:

    1. anda telah memberi persetujuan nyata untuk kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda (tidak termasuk maklumat kewangan) kepada pihak ketiga perikatan strategik kami atau rakan perniagaan bagi tujuan pemasaran produk-produk dan perkhidmatan mereka kepada anda;
    2. anda telah memaklumkan kepada kami bahawa anda tidak mahu menerima bahan pemasaran daripada kami;
    3. kami dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
    4. kami dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan AmBank;
    5. kami mungkin memindahkan hak , kepentingan dan obligasi di bawah perjanjian-perjanjian kami dengan anda; dan / atau
    6. kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa pengawal selia yang berkenaan.

    Sila maklum, bahawa pada setiap masa, kami akan menghormati dan melindungi privasi dan kesulitan Maklumat Peribadi anda.



  6. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

    Kami meletakkan kepentingan yang amat dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda dan kerap mengkaji semula dan melaksanakan pengemaskinian langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi apabila memproses Maklumat Peribadi anda. Maklumat lanjut mengenai kawalan keselamatan boleh didapati di Penyata Keselamatan Laman Web kami di www.amequities.com.my



  7. Penyimpanan Maklumat Peribadi

    Maklumat Peribadi anda akan disimpan selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan mana-mana syarikat Kumpulan AmBank bagi tempoh perhubungan anda atau tempoh yang diperlukan untuk melindung kepentingan kedua-dua Kumpulan AmBank dan anda. Penyimpanan tersebut juga adalah diperlukan di mana dikehendaki oleh undang-undang atau mengikut dasar-dasar dalaman kami.



  8. Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi

    Jika anda ingin mengakses dan/atau membuat pembetulan kepada Maklumat Peribadi anda, anda boleh membuat permintaan melalui Borang Permintaan Akses Maklumat atau Borang Permintaan Pembetulan Maklumat kami. Borang-borang ini boleh didapati di kesemua cawangan kami dan juga laman web kami, www.amequities.com.my dan kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari penerimaan permintaan anda yang lengkap dan yuran pemprosesan yang berkaitan.

    Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada Maklumat Peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, di mana maklumat yang diminta bersifat komersial yang sulit atau sekiranya terdapat permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda akan sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda. Kami juga boleh meminta untuk dokumen keterangan yang lanjut untuk mengelakkan kejadian penipuan (fraud) dan/atau maklumat yang tidak tepat.

    Untuk membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami memohon bantuan anda untuk sentiasa mengemaskini Maklumat Peribadi anda.



  9. Membuat Pilihan Berkaitan Pendedahan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda Untuk Tujuan Pemasaran

    Anda boleh membuat pilihan anda berkenaan dengan pendedahan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda dengan kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran daripada kami atau dari mana-mana rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami, anda boleh sama ada (i) menghubungi kami di maklumat perhubungan yang diberikan di bawah; atau (ii) dengan memilih untuk memilih-keluar daripada menerima bahan pemasaran, iaitu pilihan yang disediakan di dalam borang permohonan/cadangan produk atau perkhidmatan kami.

    Sila ambil perhatian bahawa:

    • tidak kira pilihan yang anda buat dalam perkara tersebut di atas, anda masih boleh menghubungi kami seterusnya melalui saluran yang disediakan di bawah untuk menukar pilihan anda. Pilihan terkini yang disampaikan kepada kami akan diguna pakai. Kami akan mengemaskini keutamaan pemasaran terkini anda dalam pangkalan data kami dalam tempoh yang munasabah selepas kami menerima komunikasi pilihan anda;
    • kami mungkin tidak akan dapat menghapuskan Maklumat Peribadi anda dari pangkalan data rakan kongsi perniagaan pihak ketiga dengan siapa kami telah berkongsi Maklumat Peribadi anda, apabila anda telah memberi persetujuan sebelum ini;
    • komunikasi tertentu seperti penyata akaun, surat-menyurat dan laman web kami mungkin mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang lain yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian akaun dan/atau fasiliti anda dengan kami, dan/atau tanpa kos tambahan kepada anda.



  10. Pindaan Kepada Notis Privasi

    Notis Privasi kami boleh dipinda dari masa ke semasa dan jika ada/terdapat sebarang pindaan, ia akan dipaparkan di laman web dan/atau apa-apa cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami. Walau bagaimanapun, apa-apa pindaan akan mematuhi APDP.



  11. Notis Data Peribadi dari Bursa Malaysia

    Sekiranya anda mempunyai akaun di AmInvestment Bank Berhad atau AmSec Nominees (Tempatan) Sdn Bhd atau AmSec Nominees (Asing) Sdn Bhd, Maklumat Peribadi anda akan disalurkan ke Bursa Malaysia Berhad dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya ('Bursa Malaysia'). Dimaklumkan bahawa Notis Data Peribadi yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, boleh didapati di laman sesawang www.bursamalaysia.com.



  12. Pertanyaan

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi atau e-mel kepada:

    PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

    No. Tel:603-2031 0102 (Isnin - Jumaat, 8:30 pagi - 5:30 petang)
    No. Fax:603-2078 3162
    Alamat Surat-Menyurat:Tingkat 8, Bangunan AmBank Group
    55, Jalan Raja Chulan
    50200 Kuala Lumpur
    Alamat E-Mel:helpdesk-ebiz@ambankgroup.com


Dikemaskinikan pada : 30/03/2015

| Terms of Access | Sitemap | Privacy Policy | Security Statement |
Copyright © 2024 AmInvestment Bank Berhad (23742-V). All rights reserved. Best viewed with Internet Explorer 9 and above at 1024 * 768 resolution